
Walaupun pelakon utamanya, Syafiq Kyle terpalit kontroversi mengaibkan, tetapi tidak menjejaskan minat penonton pada drama Nur.

Menerus drama itu, Syafiq memegang watak selaku Ustaz Adam. Barangkali, watak berkenaan banyak mempengaruhi penonton membuatkan mereka tidak ambil pusing, malah melonjakkan lagi jumlah penonton drama itu.
Kadang kala, kontroversi boleh membantu mempromosikan drama. Mungkin!
Nur, mengisahkan Adam (Syafiq Kyle), anak kepada seorang penceramah selebriti terkenal, Datuk Ayah Haji Mukhsin. Setelah Adam kembali dari menyambung pelajarannya di timur tengah dalam jurusan Usuluddin, diabakal menggantikan tempat ayahnya dalam bidang dakwah.

Dengan bantuan Aisyah, pelbagai program televisyen mengundang Adam sebagai tetamu jemputan. Sebelum Adam mengorak langkah ke dunia selebriti, Adam mencari pengalaman dengan berdakwah di masjid ayahnya.
Ketika sesi dakwah dan ceramah Ustaz Adam, Ustaz Adam sentiasa membuka peluang makmum bertanyakan soalan kepadanya. Bagaimanapun, dia selalu menerima soalan yang sedikit “lain daripada yang lain” daripada seseorang yang tidak dikenali.
Pada suatu hari, ketika Ustaz Adam hendak keluar dari masjid, dia bertembung dengan seorang wanita yang sedang menulis sesuatu. Adam mula menyapa lembut wanita itu tetapi wanita itu terus melarikan diri dan meninggalkan sekeping kertas yang mengandungi beberapa soalan yang tidak lengkap.

Setelah beberapa kali bersemuka, mereka jatuh cinta. Namun, perkenalan dan hubungan mereka mendapat tentangan hebat daripada keluarga Ustaz Adam dan cemuhan masyarakat.
Selain Syafiq dan Amyra, drama arahan Shahrulezad Mohameddin ini turut dijayakan Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Noorkhiriah, Zaidi Omar, Laila Nasir, Azhan Rani, Elmy Moin, Kuna Muzani, Raja Muhd Atiqullah, Riena Diana, Mathni Razak serta Jijie Zainal.