Resipi Sup Ekor Malar Segar

Hidangan Sup Ekor cukup menyelerakan apabila disajikan bersama telur dadar dan sambal belacan. Jika dinikmati waktu makan malam memang terangkat. Mahu cuba memasaknya sendiri di rumah, kami kongsikan resipi mudah ini untuk anda. Selamat mencuba.
Bahan:
1 kg ekor lembu, dicuci bersih
3 ulas bawang putih, dititik
1 camca besar rempah sup
1 bunjut sup
1 inci halia, dititik
1 camca besar sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
Pelengkap:
1/2 batang lobak merah
sedikit batang saderi
5 tangkai cili padi, dititik
Air perahan limau nipis
Bawang goreng
Daun sup, dihiris
Cara membuatnya:
1. Di dalam periuk, masukkan air secukupnya, sup bunjut, bawang putih, halia dan rebus ekor lembu. Rebus sehingga empuk.
2. Apabila ekor sudah empuk, masukkan rempah sup, lobak merah, batang saderi dan cili padi. Masak sehingga sayur empuk.
3. Akhir sekali, masukkan sos tiram, garam dan gula secukup rasa, air perahan limau nipis, bawang goreng dan daun sup.Sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih, telur dadar dan sambal belacan atau sambal kicap.