Sunday, Mar 7, 2021
HomeTVKekasih Paksa Rela

Kekasih Paksa Rela

Drama rantaian Kekasih Paksa Rela yang mengisi slot Akasia TV3 ini, membariskan pelakon utama ialah Remy Ishak, Intan Najuwa, dan Ain Edruce.

Advertisements

Memaparkan kisah Adham (Remy Ishak) dan Rosnaida (Ain Edruce) yang berkahwin selepas tamat belajar tanpa persetujuan ayah Adham, Datuk Azman. Sejak itu, hubungan Rosnaida dan bapa mentuanyan tidak pernah baik, walaupun Adham telah melakukan pelbagai cara untuk merapatkan hubungan mereka.

Dek putus asa dan tertekan dengan sikap Datuk Azman, Rosnaida membuat keputusan untuk membawa diri dan melanjutkan pelajarannya ke Amerika Syarikat . Tam,at pengajian, dia masih enggan pulang ke Malaysia walaupun dipujuk Adham.

Ketika ketiadaan Rosnaida, Adham telah menyelamatkan Hanan (Intan Najuwa) daripada onar ayah tirinya. Bagi mengelakkan sebarang fitnah kerana mereka tinggal serumah, Adham memperisterikan Hanan tanpa pengetahuan Rosnaida.

Konflik rumah tangga Adham memuncak apabila tiba-tiba Rosnaida pulang. Sanggupkah Adham menceraikan Hanan demi Rosnaida?

KEKASIH PAKSA RELA

Jumlsh episod : 28 episod

Tarikh tayangan : 26 Disember 2017

Waktu siaran : Isnin-Khamis, 7.00 malam

Skrip: Nieza Nahar

Pengarah : Idora Abdul Rahman

Penerbit : Creative Skill Solution Sdn Bhd

Pelakon : Remy Ishak, Intan Najuwa, Ain Edruce, Afzan Rahman, Dayang Areeda, Nynaa Harizal, Jalaludin Hassan, Emelda Rosemila, Fizz Fairuz, Aman Graseka, Khaty Azian, Azhar Amir, Fatin Afeefa, Sharifah Asyikin, Feiyna Tajudin, Mak Wan

Lagu Tema/OST

Tajuk : Pasti

Artis : Cherpen Band

comments

5 Sebab Kenapa Anda
Selepas 44 tahun Kin

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja