Wednesday, Mar 3, 2021
HomeTVJanna Nick-Ajak (Shiro) Pengacara Melodi

Janna Nick-Ajak (Shiro) Pengacara Melodi

Janna Nick-Ajak (Shiro) Pengacara Melodi

Bermula Ahad ini, pelakon Janna Nick dan Ajak (Shiro) bakal menggalas tugas sebagai hos baharu program hiburan Melodi.

Advertisements

Pengurus Besar Kumpulan Jenama dan Rancangan TV3 dan TV9, Zurina Othman berkata, Janna dan Ajak memenuhi kriteria yang diperlukan untuk menarik penonton rancangan hiburan itu.

“Bukan mudah untuk menentukan barisan pengacara baru Melodi yang sudah menjadi jenama kukuh dalam hati penonton untuk memastikan Melodi sentiasa mendapat sentuhan baharu dengan perkembangan trend terkini.

“Kami yakin Janna Nick yang namanya semakin melonjak naik mampu menarik lebih ramai penonton muda.

“Manakala Ajak, mempunyai potensi dalam bidang pengacaraan dan kami enggan melepaskan peluang keemasan ini untuk bekerjasama dengan selebriti yang versatil ini,” katanya menerusi satu kenyataan kepada mStar Online.

Melodi bersiaran setiap hari Ahad pukul 12.00 tengah hari hingga 1.30 petang di TV3.

Tiga segmen baharu bakal diperkenalkan dalam program infotainment itu iaitu Cerita Sini, Habis Sini, Kecoh Netizen dan Melodi Prihatin.

Sebelum ini, program berkenaan dikendalikan Awal Ashaari dan Muhammad Azmir Selamat atau AG.

Sumber: mStar Online

comments

FOLLOW US ON:
Bagaimana Caranya Su
Patutlah Isteri Sela

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja