Drama Bilo Nogori Jupo Kelate

Ha… Apa jadi ‘Bilo Nogori Jupo Kelate’? Mahu tahu kisahnya, jangan lupa tonton drama bersiri arahan Amor Rizan ini di slot Iris di TV3. Diterajui gandingan utama Nazrief Nazri dan Mia Ahmad, saksikan drama romantik komedi mula pada 26 Disember 2017, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 6.30 petang.
Mengisahkan Noah (Nazrief Nazri) dan Safiya (Mia Ahmad), baru sahaja berpisah dengan pasangan masing-masing. Mereka membuat keputusan untuk berkahwin selepas berkenalan hanya enam bulan.
Konflik mereka bermula apabila tiba masanya untuk bertemu dengan keluarga yang mempunyai banyak perbezaan adat dan budaya. Selepas berkahwin, dapatkah keluarga Noah yang berasal dari Negeri Sembilan bersatu dengan Safiya dari Kelantan?
Bilo Nogori Jupo Kelate
Jumlah episod : 20 episod
Waktu siaran : Isnin-Khamis, 6.30 petang
Siaran : Slot Iris TV3
Penulis skrip : Che Li
Pengarah : Amor Rizan
Penerbit : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
Pelakon : Nazrief Nazri, Mia Ahmad, Didie Alias, Datin Fadilah Mansor, Kamarool Haji Yusof, Kuna Muzani, Hanna Aqeela, Adam Shadan, Tisha Shamsir Alam
Lagu tema/OST
Semakin Benci Semakin Rindu – Fian Ali
Most Wanted – WARIS
Cuba Teka – Tasha Manshahar & Syed Shamin
Gadis Jolobu – WARIS feat Dato Hattan
Oghe Kito – Iwere