Thursday, Feb 25, 2021
HomeTerkiniDidakwa Tampar Polis, Farid Kamil Positif Ganja

Didakwa Tampar Polis, Farid Kamil Positif Ganja

Pelakon dan Pengarah, Datuk Farid Kamil, yang ditahan selepas menampar anggota polis dan menendang orang awam di kaunter trafik Balai Kota Damansara hari ini, dikesan positif dadah.

Advertisements

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata, saringan kencing yang dijalankan terhadap suspek selepas dia ditahan, mendapati suspek positif ganja.

Dadah”Hasil ujian terbabit mendapati dia positif dadah jenis ganja. Kes disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana penyalahgunaan dadah.

“Suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya esok, bagi mendapatkan perintah reman untuk siasatan lanjut.” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kejadian jam 1.20 tengah hari itu, pelakon terbabit dilaporkan datang ke balai polis berkenaan untuk membuat laporan berkaitan satu kemalangan jalan raya.

Ketika berurusan di kaunter terbabit, pelakon berkenaan secara tiba-tiba menampar muka anggota polis yang bertugas menerima aduan itu sambil disaksikan beberapa anggota lain dan orang awam.

Dia juga turut menendang kaki orang awam yang berada dalam balai sebelum ditahan beberapa anggota polis lain.

Info: K! Online

comments

POST TAGS:
FOLLOW US ON:
Didakwa Tampar Polis
9 Idea Jimat Rancang

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja