Asam Rebus Perut Lembu

Kami mahu kongsi satu sajian mudah dan ringkas, tetapi cukup menambat selesa. Enak dimakan begitu sahaja atau bersama bihun yang dicelur terlebih dahulu. Anda boleh cuba sendiri untuk menikmati rasanya.
Advertisements
Bahan:
- 1/2 kg perut lembu, dibersihkan dan direbus
- Air secukupnya
- Garam dan gula secukupnya
- Limau nipis secukupnya
Bahan dihiris:
- 5-10 biji cili padi
- 2 biji tomato
- 2 biji bawang besar
Cara membuatnya:
- Perut lembu yang sudah direbus, dihiris mengikut cita rasa anda.
- Di dalam periuk, masukkan perut lembu dan air secukupnya. Rebus sehingga perut empuk.
- Bubuh garam dan gula secukup rasa, limau nipis dan bahan hiris.
- Masak sehingga tomato sedikit layu dan angkat.
* Kami mengalu-alukan penyertaan anda di ruangan ini. Caranya, hantarkan gambar masakan bersama resipinya, nama anda bersama sekeping gambar untuk tujuan siaran melalui emel hipandabaca@gmail.com.